Thursday, March 6, 2014

KHEMAH ASKAR UNTUK DIJUAL....


KHEMAH LORENG

KHEMAH KELAMBU RM 95
KHEMAH PASANG SENDIRI RM99

Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat manusia. Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan melindungi alam sekitar semula jadinya yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya, buat selama-lamanya.

waktu yang sesuai utk bkhemah..

* timelepak tepi laut..sungai..tasik..
*time memancing.sambil tunggu ikan
* riadah hujung minggu
dan lain lain








Wednesday, October 17, 2012

TQ ALLAH...

assalamualaikum....
ya allah rindu rasanya blog ni..setelah sekian lama terlupa no pass akhirnya jumpa jgk...tq allah kerana buat aku ingat semuanya...biasalah org leka mcm aku nie...tak tau nak ungkap pe time ingat pass blog kesayangan aku ni...bila baca balik semua isi dalam blog ni sedih dan sebak..rindukan kenangan semua terutama alam pkerjaan PLKN...akan ku simpan semua memori hidup sebagai panduan perjalanan liku hidup yang masih jauh.....
sejak tinggalkan PLKN...aku dah pun bkecimpung dalam dunia peniagaan..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..dari bermula dengan 1 kedai hinggalah buka cawangan ke2,tp semua secara kecil-kecilan..banyak lagi yg perlu aku belajar dalam selok belok perniagaan ni..bukan mudah nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah...berkat doa semua aku gagahkan juga ar..tq pada yg bg semangat terutama suami dan staff staff Chantek Siket Enterprise (CSE)...moga allah mberkati dan kurniakan rezeki pada aku...AMIN......


Wednesday, April 11, 2012

aku/........

 

 

 

aku BERANI kerana BENAR, 

lalu aku tidak GENTAR. 

aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. 

tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH ...~~~


pantun nasihat.....

Pantun Nasihat Agama



Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya
Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga
Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon
Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba
Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang
Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut
Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?
Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan
Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah
Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia
Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati
Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan
Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga
Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah
Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?
Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu
Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat
Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan
Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan
Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh
Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat
Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi
Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan
Anna Abadi pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang


Sunday, August 21, 2011

majlis kenduri bekas pelatih kump3 siri5 2008...

harini 20hb...(sabtu)..
 ke kenduri bekas pelatih aku IJA &pasangannya IMRAN di bukit keteri chuping perlis...ija ni bekas pelatih aku kump3 siri5 2008..lama jgk dia dok bertunang dgn budak si imran ni..dulu time kat kem selalu bergaduh..ija rajin mngadu dok nagis2..alhamdulillah akhirnya kawin jgk dorg....:)..kepada IJA cikgu doakan moga perkahwinan ija diberkati dan dirahmati allah...jadi isteri yg solehah...amin....

lama tak merapu dekat blog nie...

salam all....lama tak merapu kat blog nie..skrgnie terlalu bz...bz dgn kerja bz dgn niaga..bz dgn masa depan:)....hope korang masih sudi ikuti blog aku nie walaupun idea dah kering...erm...cukup takat nie..baru nak mencari idea sebelum bersahur.....salam ramadhan utk semua....

Monday, January 31, 2011

majlis pemakaian pangkat dan prade komandan siri8 kump1 2011

bendera dan pangkat


tonggak kompeni DELTA...


jurulatih wanita kem plkn sintok UUM


pemakaian pangkat didahului oleh penghulu keseluruhan
wira mohd amin ariff


penghuluwati
wirawati natasha


ketua kompeni delta
wira ayen


penolong ketua kompeni DELTA
wirawati Nabihah


sarjan mejar mohd taib
polis(displin)kem plkn sintok UUM..


bersama-sama ketua kompeni dan platun wirawati...