Saturday, January 1, 2011
salam tahun baru 2011...hepi new year....
sayu hati aku nak mngucapkan selamat tinggal pada 2010..pelbagai pengalaman dan kenangan manis terkumpul disana..kerinduaan semalam hanya dapat aku jadikan kenangan...kerana masa lalu tidak akan kembali lg..namun masa berlalu itu adalah 'emas'yg sudah dikutip untuk menyinarkan cahaya baru di tahun baru..2010 umpama sebuah buku yang penuh dengan cerita sejarah....yang pasti sangat berguna untuk dijadikan iktibar..agar ia mampu memantapkan lagi diri kita untuk lulus dalam ujian kehidupan masa depan....sebuah catatan perjalanan mengiringi langkah pertama di tahun baru..langkah pertama yang mendekatkan lagi pada kematangan usia...aku melihat warna-warni kehidupan sebenar melalui pelbagai perkara dan pengalaman yang telah di tempuh...saya juga melihat warna sebenar seseorang itu setelah mendekati dan bergaul dengannya...ia umpama 'alat' untuk aku menggali potensi diri lebih daripada apa yang aku ketahui...bagi aku setiap tahun dan setiap langkah yang di tinggalkan pasti ada 'hadiahnya' untuk aku kenang...sesuatu yang di tinggalkan..pasti ada pelajaran yang kita dapat daripadanya...sama ada baik ataupun buruk..allah tidak memberikan sesuatu itu sia-sia..ia pasti berguna untuk dijadikan perisai bagi meneruskan kehidupan...marilah kita tatap tahun 2011 yang menjelma...dengan perasaan penuh keyakinan berbekalkan dengan apa yang telah dihadiahkan oleh 2010...singkaplah lembaran demi lembaran tahun baru tanpa ragu-ragu,kerana tahun baru bererti kita akan mendapat pelajaran baru pulak...jangan takut gagal,kerana kejayaan yang paling berkesan adalah kejayaan selepas menempuh kegagalan...kegagalan adalah guru terbaik kita...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DENGAN PENUH KECERIAAN DAN KEBERKATAN...AMINNNNNNNNNNN....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment